Pemandu Lori Panik Terlanggar Kereta, Pemandu Vellfire Selamba Ajak Pergi Makan Dahulu

Trending

Pemandu Lori Panik Terlanggar Kereta, Pemandu Vellfire Selamba Ajak Pergi Makan Dahulu

Pastinya kalau setiap kali berlakunya kemalangan dan kereta kita dilanggar reaksi pertama adalah perasaan terkejut dan marah yang muncul dahulu. Dalam situasi macam ini memang rata-ratanya akan bertindak mengikut emosi.

Tetapi berbeza dengan seorang pemandu ini yang mana kisahnya menarik perhatian ramai netizen. Bukan kerana keretanya dilanggar tetapi sikapnya yang tenang menghadapi keadaan itu sampaikan siap boleh pergi makan sama-sama lagi.

Advertisement

Perkongsian dikongsi di laman Facebook ini menceritakan kereta jenis Toyota Vellfire dipandunya ini dilanggar oleh seorang pemandu lori. Kejadian itu mengakibatkan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan.

kemalangan antara lori dan kereta
kereta velfire dilanggra
Sebagai individu yang telah dilanggar pastinya beliau berasa marah impak kemalangan itu sehinggakan kemek bahagian belakang keretanya.

Tetapi melihatkan pemandu lori yang rasa bersalah dan risau terhadap keadaan kereta terbabit, beliau mengajaknya untuk makan dahulu.

Menurutnya juga, orang ramai yang berada di tempat kejadian tidak menghulurkan bantuan sebaliknya merakam gambar dan video insiden tersebut.  Selepas membuat laporan polis dan menikmati makan malam, kedua pemandu tersebut berbual bersama dan berkawan seperti tiada apa yang berlaku.

dua lelaki sedang makan di restoran
screenshot facebook
screenshot facebook
Sikap macam ini lah yang sepatutnya dicontohi. Sekarang ini terlalu banyak kes kemalangan yang berlaku dimana ramai pemandu yang terlalu mengikut emosi. 

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...