Netizen Jepun Bongkar Mesej Di Sebalik Ucapan Perpisahan Yang Sinis Dari Burger King Kepada McDonald’s

Travel

Netizen Jepun Bongkar Mesej Di Sebalik Ucapan Perpisahan Yang Sinis Dari Burger King Kepada McDonald’s

Persaingan di dalam perniagaan memang sesuatu yang tak dapat dielakkan terutamanya untuk yang menawarkan servis dan produk yang sama. Kalau sebut tentang pesaing rangkaian makanan segera McDonald’s, pasti ramai yang akan terfikirkan tentang Burger King.

Selepas 22 tahun berkhidmat, cawangan McDonald’s di Akihabara, Tokyo mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan mereka di cawangan itu secara rasmi. Mereka turut memaklumkan perkara itu melalui notis yang dipasang di hadapan cawangan itu.

Advertisement

“Terima kasih untuk 22 tahun ini. Teruskan menyokong McDonald’s di cawangan yang lain. Jumpa lagi.”

Tanpa disangka-sangka, cawangan Burger King yang hanya terletak selang dua kedai dari cawangan itu turut mempamerkan ucapan selamat tinggal mereka. Untuk pengetahuan anda, dua restoran makanan segera ini adalah jiran sepanjang tempoh 22 tahun itu.

Cawangan Burger King itu kemudian dilihat mempamerkan notis mesej selamat tinggal kepada McDonald’s di hadapan kedai mereka.

Terima kasih untuk 22 tahun yang menggembirakan ini. Jiran kami, McDonald’s akan tutup hari ini. Jiran terdekat yang juga pesaing kami yang disayangi oleh penduduk Akihabara. Tanpa anda di sini, kami juga turut bersedih. Terima kasih.

Namun di sebalik mesej yang cukup membuatkan sesiapa tersentuh hati itu, seorang netizen Jepun membongkarkan mesej tersembunyi yang terdapat dalam ucapan itu. Nampaknya, ianya mesej ini juga merupakan ucapan sinis dari Burger King yang meraikan kemenangan mereka kerana masih mampu bertahan.

Jika digabungkan huruf pertama daripada setiap awal barisan ini akan membentuk ayat Watashitachi no kachi yang bermaksud “kemenangan milik kami”.

Tak mustahil juga Burger King seakan mahu menambahkan luka pada pesaingnya itu selepas 22 tahun. Walaupun tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya, kalau mahu katakan ini hanyalah satu kebetulan, tidak mungkin ‘secantik’ ini ayat yang akan terbentuk melalui kebetulan kan?

Selain daripada notis itu, Burger King turut memberitahu akan memberikan kopi percuma pada hari tersebut kepada pelanggan McDonald’s yang menunjukkan resit pembelian dari cawangan McDonald’s itu.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...