Trend menghasilkan gambar menggunakan teknologi AI (Artificial Intelligence) sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila ada pengguna media sosial yang didakwa menyunting foto seorang wanita berstatus isteri orang sedang berpelukan dengan pelakon kacak, Zul Ariffin.
Perkara itu tular di Threads apabila seorang pengguna tampil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap trend tersebut yang disifatkan melampau serta tidak menghormati batas peribadi seseorang.
Tegas seorang pengguna,
Eii jijik la tgok bini org buat trend ni.. Dah hilang malu walaupun AI.
Isu ini segera mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya mengecam tindakan tidak beretika itu. Menurut mereka, menghasilkan suntingan seperti itu seperti tidak menghormati suami sendiri.
Malah, ada yang berpendapat trend AI seperti ini semakin menakutkan kerana berisiko disalahgunakan sehingga boleh mencetuskan fitnah dan ramai yang menggunakannya tanpa kawalan.