Setiap orang mempunyai pelbagai pengalaman hidup, tapi bagi mereka yang pernah mempunyai pengalaman hidup susah, kadangkala kesusahan yang dilalui tak terjangkau dek akal. Seorang pengguna Twitter telah meminta Netizen mengongsi pengalaman hidup di saat mereka berada dalam keadaan paling miskin.
Kongsikan pengalaman hidup yang paling ‘miskin’ korang pernah hadap.
— Abeden Mung ? (@tkdnxv) September 1, 2019
Ramai mengongsi pengalaman mereka.
“Makan buah saja.”
Tak ada duit langsung time study. 2 hari tk makan apa apa. Msg abah cakap tk duit nak makan. Abah datang bawak rambutan dengan buah salak. Abah cakap abah tkada duit juga nk bagi. Buah ni je ada ??. Sampai mati aku ingat ???
— NatashaAmira ? (@NatashaaAmiraa) September 2, 2019
“Dihalau makcik pemandu van di depan orang ramai.”
Kena halau dgn makcik van masa darjah 2 sbb tak bayar upah makcik tu. Masa tu mmg miskin nak mampus. Nak makan pun jenuh parents aku ketuk pintu rumah jiran pinjam duit. Dia halau aku depan orang ramai ya. Kawan2, abg jual kuih semua tengok. Sedih malu benci.
— ? (@BelleAbd) September 3, 2019
“Mengadu pada Allah.”
I lapar tapi takde duit nak makan, masatu i cuba untuk tahan lapar tapi perut i dah start bunyi. I mengadu dekat Allah kata i lapar sangat, perut i dah berbunyi. Minta Allah bagi rezeki makanan sikit dekat i. Lepas 10 minit tu ada akak sebelah ni datang bagi nasi…Allahu ?
— ain (@asyranazme) September 2, 2019
“Makan ayam pun nangis.”
Pernah je lapar sampai menangis. Kat u. Duit tinggal rm2. Menggigil gigil tahan lapar tiga hari. Minum air sejuk dari mesin watercooler yg kat fakulti & masjid je. Bila gaji kerja part time masuk baru dpt makan nasi & ayam. Dan org kat cafe pelik kenapa makan ayam pun nangis.
— mat piah (@matpiahdoh) September 2, 2019
“Mi segera belah dua.”
Pernah topup pakai duit syiling, mamat kat kedai runcit tu usya je. Makan takyah cakap ah, satu maggi potong dua, satu buat makan pagi,satu buat makan malam. Ada duit lebih sikit beli nasik putih, campur dengan maggi. Nak mintak duit dengan mak ayah, malu namampos.
— Abe Leng (@MuslimAffandi) September 1, 2019
“Asyik makan mi segera.”
Makan megi entah brape hari..lebih daripada sminggu..sampai member marah, angkut bawak g kedai makan n blanjer makan nasik goreng kampung..lepastu lect bagi job, got pay rm400 for that job..I gave hundred to buddy for rm5 nasi goreng kampung..
dem I love you brah..
— Ah Meng (@Aizan_Mizanami) September 2, 2019
“Dihina cikgu kerana tidak bayar yuran.”
Bapak aku pernah kena tipu sampai bankrupt and sebab tu lah aku tangguh yuran sekolah 2 tahun masa f4, f5. Cikgu tu rilek je hina family aku lepastu rumah dia terbakar. Bukan aku doakan, entah lah.
— mds?? (@danialsuhaizan_) September 2, 2019
Ramai memberitahu mereka berasa insaf membaca pengalaman hidup orang lain setelah membaca untaian ini. Adakah anda mempunyai pengalaman hidup paling miskin? – amazingnara.com