“Netizen Inilah Yang Sekarang Datang Bagi Semangat” – Che Ta Enggan Ambil Hati Kecaman Netizen

Hiburan

“Netizen Inilah Yang Sekarang Datang Bagi Semangat” – Che Ta Enggan Ambil Hati Kecaman Netizen

Pelakon, Rozita Che Wan yang berdepan dengan kontroversi hutang Majlis Amanah Rakyat (Mara) enggan ambil hati terhadap kecaman yang diberikan netizen kerana mereka tidak mengetahui situasi sebenar.

Menurut Kosmo, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta berkata, mereka yang pernah melemparkan kutukan kini mula memberikan sokongan terhadapnya selepas mengetahui kebenaran.

Advertisement

che ta

Saya rasa kalau mereka tak tahu kebenarannya, mereka akan terus bercakap. Sama macam kita apabila mengetahui sesuatu isu yang belum sahih.

 

Saya okey sahaja orang nak cakap apa pun. Malah, netizen ini lah yang sekarang datang bagi semangat.

 

Saya yakin selagi orang tak tahu, mereka akan terus bercakap.

Pelakon itu turut berkata dia memilih untuk tidak menutup ruangan komen di akaun media sosialnya kerana dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

rozita che wan

Kita ni hidup dalam demokrasi, setiap orang berhak bersuara. Walaupun mereka bercakap tentang saya sedangkan tak tahu sisi saya yang lain, terpulanglah kepada mereka. Itu hak mereka untuk bercakap.

 

Kita tutup pun komen, nanti orang sangka kita bersalah sedangkan saya tidak buat salah dengan sesiapa.

 

Cuma mungkin apabila tahu kebenaran, baru mereka sedar dan ingat apa yang pernah dikatakan sebelum ini. Saya sendiri pun tak nak menegakkan benang yang basah.

Pelakon itu juga menyatakan bahawa dia tidak pasti sama ada dia mempunyai musuh yang mungkin cuba menjatuhkannya dengan isu tersebut.

rozita che wan

Saya tak tahu. Kalau nak kata saya kenal orang kenamaan, saya tidak ada pun kaitan.

 

Saya pun tak tahu ada musuh ada atau tidak tapi siapa tahu kalau kawan sendiri pun mungkin boleh jadi musuh kita? Saya tak tahu.

Sebelum ini, nama Che Ta hangat diperkatakan kerana dia didakwa gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta. Walau bagaimanapun dia memaklumkan dia kini bebas hutang dengan agensi berkenaan.

rozita che wan
4 days ago

Dah Tiada Kaitan Dengan MARA, Che Ta Akui Ramai Kawan Mula Menjauh - "Saya Okay, Teruskan Hidup Dan Berniaga"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...