“Netizen Ingat Saya Kac*p Ketika Itu, Tapi..” – Farid Kamil Imbas Saat Ditegur Bapa Minta Jangan Jadi Macam Jamal Abdillah

Hiburan

“Netizen Ingat Saya Kac*p Ketika Itu, Tapi..” – Farid Kamil Imbas Saat Ditegur Bapa Minta Jangan Jadi Macam Jamal Abdillah

Pelakon Farid Kamil menerusi satu podcast ada bercerita mengenai kisah dirinya difitnah mengambil bahan terlarang ketika majlis pelancaran filem Anwar: The Untold Story.

Dalam temubual itu, Farid juga mendakwa dia diberi amaran oleh bapanya untuk tidak menjadi seperti penyanyi lagenda, Jamal Abdillah.

Advertisement

Saya pernah dikecam oleh netizen tengah ‘kacip’ ketika mempromosikan filem Anwar: The Untold Story tapi saya tiada kesempatan untuk jelaskan perkara sebenar.

Ketika itu saya baru pulang dari umrah dan ketika di Mekah, saya demam dan selsema yang sangat teruk.

Bila tengah interview tu, saya kena kawal hingus, takut muntah. Bila saya tengok video tu memang betul nampak macam tengah ‘high’ tapi saya baru lepas ambil suntikan ubat dan terus ke pelancaran filem itu.

Kata Farid, dia tidak mengambil hati dengan kecaman netizen namun apabila bapanya sendiri tampil memberi teguran, dia mula sedar ia tidak boleh dipandang enteng.

Sampai ayah saya telefon, dia marah saya. Bukan dia nak tanya khabar saya, tapi dia tanya ‘kamu ni tak payah la buat benda macam Jamal Abdillah’.

Bila saya tengok balik video, semua orang dah assume saya macam-macam, saya tak kisah tapi ayah saya cakap macam tu ni dah serius.

Malah, meninjau ruangan komen, anak Jamal Abdillah dilihat meninggalkan komen.

anak jamal abdillah

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Farid Kamil & Diana Danielle Sah Bercerai Talak Satu Untuk Kali Kedua
5 days ago

Farid Kamil & Diana Danielle Sah Bercerai Talak Satu Untuk Kali Kedua

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...