Netizen Hong Kong Bengang Wanita Bermalam Di ATM, Disyaki Pelancong China

Trending

Netizen Hong Kong Bengang Wanita Bermalam Di ATM, Disyaki Pelancong China

Tempat tinggal di Hong Kong diketahui mempunyai harga yang sangat tinggi, tetapi mengapa tinggal di hotel sedangkan ada ruang ATM tidak berpenghuni di seluruh bandar?

Nampaknya itu logik yang digunakan oleh dua pelancong perempuan yang difotokan sedang tidur berlapik kertas surat khabar atas lantai dalam satu ruangan mesin ATM di Hong Kong.

Advertisement

atm_sleepersFoto ini diambil oleh seorang pengguna Facebook, Rocky Wong, yang berkata dia bercadang untuk mengeluarkan wang dari ATM Bank Wing Lung di New Territories pada pukul 4.00 pagi Ahad lepas. Dia bagaimanapun terpaksa membatalkan hasrat itu apabila mendapati dua pelancong itu menghadang jalannya. Wong memberitahu media tempatan yang dia mengesyaki dua pelancong itu ialah pelancong dari tanah besar China.

Wong memuat naik gambar itu ke satu komuniti Facebook dan Netizen Hong Kong juga mengesyaki dua wanita itu ialah ‘pelancong Tanah Besar murahan’ dan tidak tahu malu’. Ujar seorang pengguna Facebook:

Pendingin hawa 24-jam dan kawalan keselamatan, kadar bermalam percuma, patutlah mereka lebih suka tinggal di ATM berbanding hotel.

Seorang lagi berkata:

Sepatutnya kamu pijak saja mereka berdua.

Sementara itu, netizen China di Weibo mempertahankan Tanah Besar:

Jika kedua mereka ialah gadis berambut perang dan bermata biru, semua orang akan puji kerana mengelilingi dunia walaupun dengan bajet rendah.

Seorang lagi berkata:

Bagaimana kamu semua tahu yang mereka ini berasal dari Tanah Besar? Bukan pelancong Jepun, Thai, atau Taiwan?

Malangnya, pelancong Tanah Besar diketahui mempunyai reputasi buruk di Hong Kong. Pelancong Tanah Besar China pernah difotokan membuang air besar di atas lantai platform stesen keretapi bawah tanah, buang air kecil di kaki lima jalan dan tidur di perabot dalam gedung IKEA.

Jadi tak hairanlah jika Netizen Hong Kong tidak mengesyaki pelancong negara lain, bukan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...