Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Netizen Hanya Tahu Mengecam Tanpa Perasaan, Macam Saya Penjenayah Buat Kesalahan Besar – Haqiem Rusli

Dituduh dan dikecam ingin mencari publisiti murahan dan sengaja menggunakan alasan mengalami depresi semata-mata untuk gimik lagu terbarunya, penyanyi Haqiem Rusli akui kini fikirannya sungguh celaru dan tiada lagi kecerian dalam dirinya.

Advertisement

Emosi Haqiem sudah tidak menentu dan lebih selesa untuk hanya berkurung dalam biliknya. Takut orang luar membencinya jika keluar dari rumah.

Kemurungan bertambah teruk apabila satu Malaysia mengecam saya baru-baru ini. Saya tidak mampu mempertahankan diri sendirian. Netizen mendengar cerita di sebelah pihak dan mereka tidak rasa apa yang saya alami. Mereka hanya tahu menghina dan mengecam di laman sosial, tanpa perasaan. Tetapi, cubalah masing-masing duduk di tempat saya.

Kesalahan saya seolah-olah seperti penjenayah yang membunuh atau merompak. Beberapa bulan terakhir ini saya menjadi bertambah ‘moody’, lebih-lebih lagi apabila membaca hinaan orang. Jiwa saya sakit.

Disebabkan isu ini juga, Haqiem banyak menolak undangan nyanyian kerana mahu memastikan dirinya benar-benar pulih dan diminta diberi masa untuk menenangkan diri.

Advertisement

Namun, Haqiem  sama-sekali tidak menyesal mahupun merungut dengan ujian yang menimpa dirinya. Sekurang-kurangnya beliau kini mengetahui siapa sahabat sejati yang ada dikala beliau ditimpa kesusahan. Disahkan mempunyai tahap kemurungan yang tinggi, Haqiem juga masih menjalani rawatan di sebuah pusat psikiatri di Kuala Lumpur.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 Comments

  1. kikidoyouloveme

    July 23, 2018 at 8:13 am

    u can go fck yourself and grow up. ckp je byk.puiiiii

  2. joe

    July 22, 2018 at 11:03 pm

    cermin mata kasi buka…mcm hisap dadah je nak cover

  3. Anonymous

    July 22, 2018 at 1:53 pm

    Minta simpati jak retis2 sekarang … maka sesama retis pun kutuk mengutuk salahkan netizen pula…. berhentilah jadi retis

  4. Pen Biru

    July 22, 2018 at 11:55 am

    Bykkn beristighfar Hakim..kata org Islam..jgn tinggal solat 5 waktu..biasanya artis hanya berapa kerat je yg jaga solat..itu kenyataannya jgn nafikn ok..sebagai org Islam tiada istilah depression…ingat kiita semua hamba Allah SWT..

  5. lantakakulah

    July 22, 2018 at 10:51 am

    What a joke.. Memang salah besar pun apa yan kau buat.. Sebabkan kau, tak mustahil lepas ni orang anggap depression ni benda main2.. Bayangkan betul2 ada manusia yang ada depression, seek for a help, tiba2 psychologist tu soal balik kat dia, “Ni main2 ke betul2 ni?”.. Sebabkan kau, mungkin mereka2 ni tak nak dah jumpa psychologist. Remember, manusia yang ada depression ni, dia rasa semua orang akan salahkan dia, semua orang kata dia tak betul.. So, kalau dah psychologist sendiri meragui mereka, kau rasa? Lain kali, fikir dulu, dik oi.. Sia2 je kau bina kerjaya, musnah macam tu je sebab kependekan akal kau..

Loading...
To Top