Netizen Hanya Tahu Mengecam Tanpa Perasaan, Macam Saya Penjenayah Buat Kesalahan Besar – Haqiem Rusli

Hiburan

Netizen Hanya Tahu Mengecam Tanpa Perasaan, Macam Saya Penjenayah Buat Kesalahan Besar – Haqiem Rusli

Dituduh dan dikecam ingin mencari publisiti murahan dan sengaja menggunakan alasan mengalami depresi semata-mata untuk gimik lagu terbarunya, penyanyi Haqiem Rusli akui kini fikirannya sungguh celaru dan tiada lagi kecerian dalam dirinya.

Advertisement

Emosi Haqiem sudah tidak menentu dan lebih selesa untuk hanya berkurung dalam biliknya. Takut orang luar membencinya jika keluar dari rumah.

Kemurungan bertambah teruk apabila satu Malaysia mengecam saya baru-baru ini. Saya tidak mampu mempertahankan diri sendirian. Netizen mendengar cerita di sebelah pihak dan mereka tidak rasa apa yang saya alami. Mereka hanya tahu menghina dan mengecam di laman sosial, tanpa perasaan. Tetapi, cubalah masing-masing duduk di tempat saya.

Kesalahan saya seolah-olah seperti penjenayah yang membunuh atau merompak. Beberapa bulan terakhir ini saya menjadi bertambah ‘moody’, lebih-lebih lagi apabila membaca hinaan orang. Jiwa saya sakit.

Disebabkan isu ini juga, Haqiem banyak menolak undangan nyanyian kerana mahu memastikan dirinya benar-benar pulih dan diminta diberi masa untuk menenangkan diri.

Namun, Haqiem  sama-sekali tidak menyesal mahupun merungut dengan ujian yang menimpa dirinya. Sekurang-kurangnya beliau kini mengetahui siapa sahabat sejati yang ada dikala beliau ditimpa kesusahan. Disahkan mempunyai tahap kemurungan yang tinggi, Haqiem juga masih menjalani rawatan di sebuah pusat psikiatri di Kuala Lumpur.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...