Netizen Gesa Hafidz Roshdi Diberkas Kerana Menghina Mahkamah

Hiburan

Netizen Gesa Hafidz Roshdi Diberkas Kerana Menghina Mahkamah

Pelakon Hafidz Roshdi sekali lagi menjadi tumpuan warga maya apabila dia dilaporkan tidak hadir ke perbicaraan mahkamah bagi kes tuntutan hadanah dua anaknya, semalam.

Difahamkan, segala kecaman itu mula diberikan warga maya kepada Hafidz setelah dia memuat naik foto memaparkan dia sedang menjamu selera di restoran dengan ucapan ringkas ‘Selamat Berpuasa’.

Advertisement
HafidzSumber : IG  

Hantaran itu kemudiannya dimuat naik kembali netizen ke media sosial sekaligus mengundang rasa tidak puas hati gara-gara ketidak hadirannya ke mahkamah bagi menyelesaikan kemelut hak penjagaan anak yang difailkan olehnya sebelum ini.

Malah, ada yang menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan kerana seolah-olah menghina mahkamah.

Boleh tak tangkap sahaja orang yang sengaja melambat-lambatkan proses dekat mahkamah ini. Semua perbicaraan dia tak hadir.

Dia yang tuntut anak, dia pulak tak hadir. Kasihan Shu, tinggal di Perlis tapi sanggup datang.

Terdahulu, Hafidz juga dilaporkan tidak hadir bagi menghadiri perbicaraan kes pukul bekas isterinya, Nurul Shuhada pada Februari lalu atas alasan cuti sakit.

Semalam, Nurul Shuhada meluahkan rasa kecewa apabila pelakon itu sekali lagi tidak hadir ke mahkamah dan meminta bekas suaminya itu untuk lebih bertanggungjawab dengan memberi kerjasama sewajarnya dan bukan bersikap sambil lewa.

Hafidz dan Shuhada bercerai pada 27 Julai tahun lalu dan hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan dua orang cahaya mata.

Hafidz kemudian bernikah dengan kekasih lama yang juga punca kepada perceraian mereka, Athira Yuhada.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Hafidz
4 weeks ago

Muat Naik Foto 'Makan-Makan' Dengan Isteri Di IG, Hafidz Roshdi Dikecam Tak Hadir Mahkamah - "Semacam Sengaja Sakitkan Hati Ex-Wife"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...