Netizen Gesa Dibuang Dari Jadi Duta Jakel, Lan Pet Pet Buat Permohonan Maaf Gara-Gara Lawak Tidak Senonoh

Hiburan

Netizen Gesa Dibuang Dari Jadi Duta Jakel, Lan Pet Pet Buat Permohonan Maaf Gara-Gara Lawak Tidak Senonoh

Pelawak veteran, Lan Pet Pet, tampil memohon maaf secara terbuka kepada seorang pelakon wanita terkenal, susulan gurauan keterlaluan yang dibuatnya ketika sesi siaran langsung semasa mereka mempromosikan sebuah jenama pakaian di Johor, semalam.

Menurut Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 57, beliau mengakui kesilapan tersebut berlaku tanpa niat untuk menyinggung perasaan aktres berkenaan.

Advertisement

“Untuk dia, Abang Lan minta maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Dalam tidak sedar ketika sedang melawak ada perkara yang menyentuh hati dan perasaan”

“Kepada semua peminat Faz dan kumpulan Senario, demi nama Allah Abang Lan tak ada niat apa pun. Abang hanyalah manusia biasa.”

“Sekali lagi saya minta maaf. Saya terlepas cakap dan suasana ketika itu saya pun tak sedar. Maafkan saya,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun media sosial rasminya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video Lan berbual bersama pelakon wanita  ketika sesi siaran langsung itu, di mana beliau didakwa melontarkan lawak berbaur lucah.

Situasi menjadi tegang apabila seorang penonton bertanya mengenai perancangan perkahwinan semula Fazura, namun Lan memberikan jawapan yang dianggap tidak sopan.

“Hangpa (kalian) tunggu la sekejap. Baru dua tahun (tempoh Fazura bercerai)…tunggulah dua tiga tahun, bagi…,” katanya.

Kenyataan tersebut mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen, khususnya peminat artis wanita itu , yang menyifatkan gurauan itu sebagai biadab dan tidak menghormati status aktres berkenaan sebagai seorang ibu tunggal.

Susulan itu, terdapat juga gesaan daripada warganet agar Lan dilucutkan peranannya sebagai duta kepada jenama pakaian terbabit kerana dianggap melampaui batas ketika sesi promosi berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rizalman ibrahim
2026-02-07 19:06:43

Pereka Fesyen Rizalman Ibrahim Luncur Operasi Surau Ar-Rijal Di Butterworth

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...