Luahan seorang lelaki bergelar suami tentang isterinya baru-baru ini tular selepas ia mendapat perhatian ramai warganet di Twitter.
Menerusi perkongsian itu, dia meluahkan bahawa isterinya berlaku curang namun dia enggan menceraikan wanita tersebut kerana mereka memiliki dua cahaya mata.
Isteri ‘aware’ suami tahu kecurangannya
Menurut lelaki itu, mereka sudah lapan tahun berkahwin dan mempunyai anak berusia empat dan tujuh tahun namun tindakannya selepas mendapat tahu kecurangan isteri dipertikai warganet.
Kata lelaki berkenaan, dia tahu tentang hal tersebut namun menanti selama dua bulan sebelum akhirnya berdepan dengan isterinya yang berusia 35 tahun itu.
Bila dah kantoi, gambar ada love bite, dia boleh cakap ‘saya dah tau yang saya kantoi’.
Meskipun sudah kantoi namun isterinya masih menjalinkan hubungan dengan lelaki sama yang juga merupakan rakan sepejabat malah officemates juga memberi mereka ‘restu’.
Pelbagai hadiah sudah diberikan olehnya kepada isteri untuk menambar hatinya semula agar rumah tangga kembali bahagia namun ia tidak berhasil.
Aku dah nasihat dan dah serang laki tu dekat Whatsapp. Dua dua dah minta maaf tapi masih berlaku. Hadiah jangan cakap la. Aku dah bagi macam macam, beg baru, phone, camera….
Malah, isterinya kemudian mula menggunakan ‘anti peeping’ pada telefon dan turut mengunci Whatsapp agar dia tidak dapat membaca mesej mereka.
Mengaku sayang lelaki tu tapi…
Ujarnya lagi, isterinya itu asyik berkata bahawa dia menyayangi lelaki tersebut namun masih mahu meneruskan perkahwinan kerana memerlukannya sebagai ayah kepada anak-anak.
Dia turut bertanya pendapat orang ramai apa yang patut dilakukannya untuk membuat isterinya berhenti berhubung dengan lelaki berkenaan.
Patut ke saya larang dia bekerja dan jadi suri rumah atau rampas kunci kereta dan telefon supaya dia lupa laki tu. Atau, cerai?
Dikira dayus ke?
Perkongsian tersebut mengundang pertikaian ramai pengguna Twitter yang tidak mengerti mengapa dia masih bertahan dan tidak bercerai sahaja selepas diperlakukan sebegitu.
Dalam pada itu, segelintir individu berpendapat sikapnya yang tidak tegas mungkin menjadi punca kepada isterinya berani ‘pijak kepala’.
Bukan itu sahaja, beberapa individu turut tertanya jika lelaki tersebut dikira sebagai dayus kerana tahu kecurangan isteri namun tidak mengambil tindakan sewajarnya.
Boleh anggap dayus ke ni? Sebab tahu isteri ada affair tapi biarkan berlarutan.