Netizen Geli Hati Buah Rambutan Dikatakan Sebagai ‘Buah Ganjil’ Di Angkasa Lepas Dalam Siri Netflix

Trending

Netizen Geli Hati Buah Rambutan Dikatakan Sebagai ‘Buah Ganjil’ Di Angkasa Lepas Dalam Siri Netflix

Memandangkan sekarang ni tengah musim buah, memang banyak lah buah-buahan tempatan yang kita boleh nampak dijual di tepi jalan. Ada durian, duku, manggis dan rambutan pun ada. Macam tahu-tahu saja sekarang ni tengah musim buah, siri dari Netflix ini menampilkan buah rambutan sebagai scene stealer.

Siri Netflix yang berkisahkan tentang pengembaraan angkasa lepas ni menunjukkan dua watak yang menjumpai buah rambutan yang dikatakan sebagai ‘buah ganjil’ ataupun makanan makhluk asing.

Advertisement

Perkongsian ini dikongsi oleh penonton siri ‘Another Life’ di Netflix ini iaitu @hash_1993 di laman Twitter nya. Rata-rata netizen turut sama ‘geli hati’ melihat babak yang dikongsi itu.

Bukan saja digelar sebagai ‘buah ganjil’ malah sebelum makan buah itu, pelakon tersebut menggosok buah rambutan itu pada tangan dahulu kerana bimbang ianya beracun.

Tak sangka kita sebenarnya duduk di bulan rupanya. Patut lah kadang-kadang tu rasa macam terapung je tak jejak tanah. 

via GIPHY

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.