Memandangkan sekarang ni tengah musim buah, memang banyak lah buah-buahan tempatan yang kita boleh nampak dijual di tepi jalan. Ada durian, duku, manggis dan rambutan pun ada. Macam tahu-tahu saja sekarang ni tengah musim buah, siri dari Netflix ini menampilkan buah rambutan sebagai scene stealer.
Siri Netflix yang berkisahkan tentang pengembaraan angkasa lepas ni menunjukkan dua watak yang menjumpai buah rambutan yang dikatakan sebagai ‘buah ganjil’ ataupun makanan makhluk asing.
Perkongsian ini dikongsi oleh penonton siri ‘Another Life’ di Netflix ini iaitu @hash_1993 di laman Twitter nya. Rata-rata netizen turut sama ‘geli hati’ melihat babak yang dikongsi itu.
A netflix series about space exploration landed on a moon and found an extraterrestrial fruit. And guess what it’s rambutan ??? pic.twitter.com/tmSfBU8BE8
— Kopi Panas (@hash_1993) July 26, 2019
Bukan saja digelar sebagai ‘buah ganjil’ malah sebelum makan buah itu, pelakon tersebut menggosok buah rambutan itu pada tangan dahulu kerana bimbang ianya beracun.

