Netizen Geleng Kepala Lihat Mak Cik Bawang Di Facebook Selamba Bagi Komen Pedas Tak Ingat Dunia

Trending

Netizen Geleng Kepala Lihat Mak Cik Bawang Di Facebook Selamba Bagi Komen Pedas Tak Ingat Dunia

Golongan mak cik bawang di Malaysia ini memang terdiri daripada pelbagai kumpulan usia. Mak cik bawang muda ada, yang tua pun lagi lah ada. Baru-baru ini pula, netizen kongsikan komen daripada seorang mak cik bawang ini yang nampaknya seronok ‘mengupas’ bagai tiada hari esok.

“Sakit la engkau kalau jadi menantu dia. Mak sapa ni? Ya allah dia punya kupas bawang tu mcm tak ada hari esok!!!”

Perkongsian netizen di Twitter ini menunjukkan paparan skrin dari Facebook yang diambil daripada beberapa laman portal. Salah satu yang menjadi mangsa, ialah video memasak yang dimuatnaik pelakon Elly Mazlein baru-baru ini.

Advertisement

Selain daripada Elly Mazlein, penyanyi dangdut Mas Idayu juga tak terlepas daripada panahan laser mak cik bawang ini yang nampaknya cukup tak senang duduk melihat artis-artis ini. Malah, netizen juga cukup takut melihat komen mak cik bawang ini dan bertambah takut kalau mendapat mak mentua seperti ini!

Tetapi nampaknya selepas diserang oleh netizen yang lain, mak cik bawang ini akhirnya membuat permohonan maaf di atas ketelanjuran kata-katanya sebelum ini. Selepas komen-komennya viral di media sosial, ramai yang menyerang profil mak cik bawang ini dan menuntut permohonan maaf.

facebook

Reaksi Elly Mazlein

Dan nampaknya, Kak Lina Pom Pom sendiri telah memberikan reaksinya tentang isu ini. Tak pasal-pasal Kak Lina menjadi mangsa kecaman. Untuk anda yang lain, berpada-pada tinggalkan komen di media sosial!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...