Netizen Doakan Karier Lakonan Hafidz Roshdi Terus M*ti – “Aku Harap PDRM Letak Dia Dalam Lokap”

Trending

Netizen Doakan Karier Lakonan Hafidz Roshdi Terus M*ti – “Aku Harap PDRM Letak Dia Dalam Lokap”

Tindakan Hafidz Roshdi menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri sehingga menyebabkan kecederaan di muka menjadi bualan ramai sejaka semalam.

Apatah lagi, dia dilihat seperti tidak rasa bersalah apabila memuat naik pula video bersama anak-anak meskipun selepas mengasari ibu mereka.

Advertisement

1 year ago

"Katalah Apa Pun, Orang Bukan Tahu Macam Mana Abah Sayang.." - Hafidz Roshdi Buat Tak Endah Dakwaan Tumbuk Isteri?

Sudah tentu ia mengundang kecaman ramai netizen di media sosial di mana rata-ratanya memaki pelakon berkenaan kerana tergamak memperlakukan Shuhada sebegitu.

Ada yang menggelarnya lelaki dayus dan bukan itu sahaja, ramai turut mendoakan agar karier dan kehidupannya musnah selepas apa yang dilakukan.

Menerusi Twitter, ramai individu mengecam habis-habisan kerana dia menumbuk Shuhada bukan sekali tetapi sehingga tiga kali di muka.

Ada juga yang membandingkannya dengan Syamsul Yusof dan berkata sekurang-kurangnya pengarah itu berkahwin lain dan tidak mengasari Puteri Sarah.

Tidak ketinggalan, ada yang menyebut tentang ‘penyondol’ rumah tangga Shuhada iaitu Athira Yuhada dan menyindirnya akan menerima nasib yang sama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...