Tindakan Hafidz Roshdi menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri sehingga menyebabkan kecederaan di muka menjadi bualan ramai sejaka semalam.
Apatah lagi, dia dilihat seperti tidak rasa bersalah apabila memuat naik pula video bersama anak-anak meskipun selepas mengasari ibu mereka.
Sudah tentu ia mengundang kecaman ramai netizen di media sosial di mana rata-ratanya memaki pelakon berkenaan kerana tergamak memperlakukan Shuhada sebegitu.
Ada yang menggelarnya lelaki dayus dan bukan itu sahaja, ramai turut mendoakan agar karier dan kehidupannya musnah selepas apa yang dilakukan.
Tak habis lagi ke?? Mampus je la jantan macam ni. Semoga karier kau terus mati lepas ni. Sial betul. Seronok la si penyondol tu pic.twitter.com/CJx4kw9ePX
— IMAGINALANUR (@IniAlalalannn) March 2, 2023
Menerusi Twitter, ramai individu mengecam habis-habisan kerana dia menumbuk Shuhada bukan sekali tetapi sehingga tiga kali di muka.
Ada juga yang membandingkannya dengan Syamsul Yusof dan berkata sekurang-kurangnya pengarah itu berkahwin lain dan tidak mengasari Puteri Sarah.
Tidak ketinggalan, ada yang menyebut tentang ‘penyondol’ rumah tangga Shuhada iaitu Athira Yuhada dan menyindirnya akan menerima nasib yang sama.