Netizen Dedahkan Kisah Sebenar Di Sebalik Kehidupan Sedih Wanita Yang Mengamuk Kerana Kereta Ditunda Ini

Trending

Netizen Dedahkan Kisah Sebenar Di Sebalik Kehidupan Sedih Wanita Yang Mengamuk Kerana Kereta Ditunda Ini

Sebuah video kejadian semasa kereta milik seorang wanita ini yang ditunda oleh pihak berkuasa viral baru-baru. Wanita tersebut yang mengamuk saat keretanya ditunda, menjerit dan meludah kepada mereka lelaki yang ingin menunda keretanya itu. Video itu kini viral di media sosial dan menjadi perbualan hangat netizen saat ini.

Baca: (Video) Wanita Bagai Dirasuk, Meludah Pada Beberapa Lelaki Yang Ingin Tunda Keretanya

Advertisement

Namun, seorang individu tampil menceritakan kisah sebenar di sebalik kehidupan sedih wanita itu. Menurutnya, wanita itu mengalami sakit jiwa disebabkan anak keduanya yang meninggal dunia selepas dilahirkan. Sebelum ini, dia bekerja sebagai pensyarah di pusat matrikulasi.

Selepas kematian anaknya itu, dia mengalami depresi dan bertambah malang apabila suaminya berkahwin lain dan menceraikannya. Anak sulungnya juga turut diambil oleh suami dan keadaan ini membuatkan dia semakin tertekan.

Henti sebarkan video

Dengan pendedahan kisah sebenar wanita ini, ramai yang berharap video tersebut dapat dihentikan penyebarannya untuk mengelakkan keadaan menjadi bertambah teruk. Menurut individu ini, dia berkongsikan kisah wanita ini bukan untuk ‘menghalalkan’ perbuatannya itu tetapi lebih kepada kesedaran kepada orang ramai.

Saya cuma cerita disebalik tabir kehidupan akak ni and reason kenapa dia explode like hell macam tu since ramai gelak-gelakkan dia sedangkan dia dalam keadaan yang extremely miserable . Bukan nak bagi tau kalau depression, you boleh buat sesuka hati.

Dia turut menasihati orang ramai untuk membuat laporan terhadap kiriman video asal itu untuk hentikan penyebarannya dan menggesa pemiliknya untuk memadam video tersebut. Setakat ini, video tersebut masih lagi belum dipadamkan di akaun Facebook tersebut dan kini mendapat 25 ribu perkongsian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...