Tular sebelum ini satu ciapan daripada akaun Twitter milik Imam Of Peace yang telah memberi kecaman berunsur fitnah kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Di dalam ciapan itu, dia telah memuatnaik gambar Raja Permaisuri Agong dengan komen berunsurkan rasisme dan fitnah semata-mata.
Permaisuri Malaysia, wanita hipokrit terbesar di Malaysia memasak untuk petugas barisan hadapan ketika penularan #Coronavirus ketika ini. Dia akan memegang sudu untuk kamera tetapi tidak akan mengatakan sepatah perkataan mengenai wanita Malaysia dan golongan gay di sana disebat, dipenjarakan dan dibunuh di bawah undang-undang syariah.
Advertisement
Komen tersebut sudah semestinya tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia kerana sengaja memuatnaik komen berunsur fitnah. Malah gambar hukuman sebatan yang dikepilkan itu bukanlah kejadian yang berlaku di Malaysia tetapi didakwa berlaku di Indonesia.
Selepas diselidik, ternyata individu yang menggelar dirinya sebagai ‘Imam of Peace’ ini sememangnya sudah beberapa kali memuatnaik komen berunsur kebencian kepada Islam, lagi-lagi wanita Islam yang bertudung. MyZaidy Yusoff mendedahkan identiti sebenar ‘Imam’ ini melalui perkongsiannya di Facebook.
“Jangan sebut Imam. Tetapi cukup sekadar menyebut Tawhidi. Apabila sebut Imam, seperti mengiktiraf beliau seperti ketua dan alim.”
Tawhidi ni asal Iran, menetap di Australia, dia seorang syiah (tetapi syiah Iran sendiri tak suka beliau) dan beliau terkenal sebagai exremist + anti Muslim sunni. Di barat beliau digelar #FakeSheikh.
Beliau amat dibenci oleh penduduk Australia tetapi dianggap hero oleh US kerana Tawhidi ini anti perjuangan pembebasan Palestin yang dibawa oleh Hamas. Senator Republikan dan Datuk Bandar US adalah pembiaya kewangan Tawhidi.
Jangan pelik, di India Tawhidi ini mempunyai pengikut yang ramai. Dan begitu disayangi oleh masyarakat extremist Hindu India kerana Tawhidi ini anti Zakir Naik & Muslim Pakistan.
Pada Tawhidi, Muslim Pakistan adalah sekelompok Muslim tidak berotak. Dan tawhidi juga mengiktiraf bahawa wilayah Kashmir adalah hak India. Jadi tidak peliklah, Priyanka Chopra, Raveena Tandon artis Bollywood ini adalah antara peminat fanatik dan tegar kepada Tawhidi. Di India, banyak gosip tersebar di antara Tawhidi dan Raveena. Termasuk la DM ‘nakal-nakal’, antara mereka berdua.
Pelakon cantik dan terkenal Pakistan, Armeena Khan antara individu yang pernah menjadi mangsa kebencian pengikut Tawhidi sehingga terpaksa menutup akaun twiter dan IG milik peribadinya. Armeena Khan dalam satu kenyataan mengkritik Tawhidi sebagai tokoh jahat dan penyebar ilmu palsu.
Kebencian Tawhidi terhadap wanita bertudung itu luar biasa. Sebab itu, beliau sering mengkritik tentang pakaian Rashaida Thlaib dan Ilhan Omar pemimpin muslim dari parti demokrat US. Bahkan pernah melabel Radhaida dan Ilhan sebagai agen terrorist dalam dewan Kongres US.
Kini beliau mengkritik Permaisuri Agong sebagai lambang hipokrasi wanita Asia. Terbukti Tawhadi ini adalah seorang yang sakit dan sedang menanam tanggapan dan naratif jahat terhadap imej beragama. Trendingkan di Twitter dengan #FakeSheikhTawhadi!
Di atas ciapan yang dimuatnaik mengenai Raja Permaisuri Agong itu, rakyat Malaysia berpakat untuk membuat laporan tentang akaun tersebut di Twitter. Ini bukan sahaja telah memburukkan imej Raja Permaisuri Agong malah telah menyebarkan fitnah tentang perkara yang tidak betul.