Beberapa jam sebelum majlis pernikahan Fattah Amin dan Fazura berlangsung, Neelofa ada memuat naik satu video di akaun Instagramnya yang menarik perhatian ramai. Ia merupakan video bangunan KLCC dengan kapsyen “Just looking at you makes me happy.” Kalau anda masih ingat, fenomena Lofattah sebelum ini lebih hangat diperkatakan sebelum wujudnya hashtag Fattzura.
Keserasian dan kemesraan antara Neelofa dan Fattah memang nampak semulajadi sehingga digosipkan sedang hangat bercinta.
Rata-rata netizen mendakwa video KLCC tersebut sebenarnya ditujukan buat Fattah. Kalau ada yang tahu, ada satu petikan daripada buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin yang berbunyi “Aku dulu selalu berangan nak gi KLCC nak bawak kereta aku sendiri dan parking Valet. Ternyata kini telah termakbul hahh…. kelakar kan.” Maka KLCC didalam video Neelofa adalah simbolik kepada diri Fattah.
Kami faham hasrat peminat Lofattah untuk melihat dua artis pujaan mereka ini kembali bercinta bersama sudah musnah apabila Fattah kini sah menjadi suami Fazura. Namun, ia tidak bermakna Neelofa belum “move on” daripada kisah mereka dahulu. Sebagai peminat, apa kata doakan yang terbaik sahaja buat Neelofa dan janganlah lagi mengungkit kisah lalu.