Boleh dikatakan berita mengenai selebriti, Aprena Manrose sudah bercerai dengan suami, Mohd Afiq Hazman membuatkan ramai pihak berasa terkejut susulan mereka kelihatan serasi bersama.
Namun begitu, melalui platform Threads, seorang individu telah mendakwa bahawa dirinya terserempak dengan bekas suami Aprena bersama seorang perempuan ‘free hair’ di Wangsa Maju.
Disebabkan dakwaan tersebut, rata-rata netizen membuat andaian bahawa Aprena sudah pun memberi bayangan rumah tangga diganggu oleh pihak ketiga melalui kapsyen yang ditulis di hantaran Instagram, sebelum ini.
Sekadar info, Aprena tidak mendedahkan secara terperinci mengenai tarikh mereka bercerai serta punca perpisahan.