Baru-baru ini, seorang individu telah membuat satu tuduhan berat mengenai bekas anggota Dolla iaitu Syasya yang didakwa sudah berbadan dua sebelum berumah tangga.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di aplikasi X, individu tersebut mengeluarkan kenyataan mengenai bayi sulungnya.
Menurutnya, Syasya nekad untuk keluar dari kumpulan Dolla setelah sah mengandung.
Syasya mengandung semasa dia meninggalkan Dolla dan perlu mengahwini ayah kepada bayi tersebut.
Enggan berdiam diri, Syasya tampil menjawab dakwaan tersebut menerusi ruangan komen.
Good fitnah. Kita jumpa di padang Mahsyar.
Untuk rekod, Syasya dan pasangan hati, Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April 2023 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Yassir Hayyan pada 23 December 2024.