Netizen Dakwa Fattah Amin Bukan ‘Kekasih Pertama’ Amira Othman? – “Bukan Pernah Hampir Nak Kahwin Ke Sebelum Ni?”

Hiburan

Netizen Dakwa Fattah Amin Bukan ‘Kekasih Pertama’ Amira Othman? – “Bukan Pernah Hampir Nak Kahwin Ke Sebelum Ni?”

Bakal bernikah pada 14 September ini, Amira Othman mendedahkan bahawa bakal suaminya, Fattah Amin adalah lelaki pertama yang berjaya menawan hatinya kerana empunya diri tidak pernah memiliki pasangan sebelum ini.

Namun begitu, pendedahan Amira itu mengundang pelbagai reaksi bercampur-baur dalam kalangan netizen. Ada yang memuji keterbukaannya, namun tidak kurang juga yang mempertikaikan kenyataan tersebut.

Advertisement

amira fattah bercinta

Netizen mula mengaitkan semula gosip lama yang pernah melibatkan Amira dengan beberapa individu dalam industri hiburan, selain dakwaan kononnya dia hampir menamatkan zaman bujangnya pada awal tahun ini tetapi tidak menjadi.

“Betul ke ‘boyfriend’ pertama? Dulu bukan dia pernah kata hampir-hampir bergelar isteri kepada seseorang tetapi tak jadi?,” komen seorang pengguna Threads.

kekasih pertama amira

Meski dihujani persoalan dan sindiran, ramai yang tetap mendoakan agar majlis pernikahan Amira dan Fattah berjalan lancar serta kehidupan rumah tangga mereka kekal bahagia.

Malah dari tinjauan di ruangan komen, Amira Othman menjelaskan sebelum ini bahawa dia tidak pernah mempunyai teman lelaki semasa zaman persekolaha dan tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kehidupan cintanya semasa menginjak dewasa. Jadi, mungkin timbul salah faham mengenai konteks perbualan itu.

amira pertama kali bercinta

Perjalanan pasangan ini sememangnya penuh kejutan, bermula daripada gosip rakan sekerja, sebelum Fattah akhirnya membuat lamaran terbuka kepada Amira baru-baru ini ketika majlis pelancaran lagu duetnya bersama adik, Irfan Haris berjudul ‘Rasa & Takdir’.

fattah amin kahwin amira othman
2025-09-09 14:23:08

“Biaq Pi La Depa Nak Kahwin” - Netizen Pertahan Fattah Amin & Amira Othman Dari Kecaman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...