Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, memberikan penjelasan berhubung perbandingan harga rumah antara dirinya dan kakaknya, Datin Noor Hayati.
Dalam satu muat naik di TikTok, Aliff Syukri Kamarzaman menegaskan bahawa perbandingan tersebut tidak wajar kerana rumahnya sudah dibina hampir 10 tahun yang lalu.
Apa masalahnya kalau rumah kakak saya mahal atau murah? Rumah saya sudah lama dibina. Hampir 10 tahun rumah ini dan dulu beli barang-barang pun murah.
Penjelasan itu diberi susulan kenyataan individu yang mendakwa harga rumah Hayati yang masih dalam pembinaan adalah lebih mahal sebanyak RM30 juta berbanding rumah milik Aliff.
Aliff turut menegaskan bahawa harga rumah bukanlah perkara utama, sebaliknya yang paling penting adalah mencari rezeki yang halal.
Bagi saya, tidak adil untuk bandingkan rumah baharu dan lama. Dulu nak bina rumah, murah.Rumah kak long (kak Yatie) itu baru buat. Soal rumah siapa murah atau mahal itu tidak perlu rasanya, yang penting kita cari harta sendiri dan tidak minta duit orang.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.