Netizen Cadang Keluarkan Saman Terhadap Pihak Prasarana, Tidak Setuju Wang Pampasan RM1,000

Trending

Netizen Cadang Keluarkan Saman Terhadap Pihak Prasarana, Tidak Setuju Wang Pampasan RM1,000

Negara dikejutkan dengan sebuah kemalangan melibatkan dua tren LRT dan mengakibatkan 213 penumpang cedera dengan 47 parah. Ia merupakan kemalangan pertama paling ngeri selepas 23 tahun LRT beroperasi.

Menurut laporan, pertembungan dua tren LRT laluan Kelana Jaya berlaku di dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru melibatkan satu tren yang membawa penumpang serta sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

Advertisement

Pengerusi Prasarana Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata kos rawatan dan perubatan kesemua mangsa akan ditanggung oleh pihak Prasarana.

Pihaknya akan memberi RM1,000 kepada kesemua mangsa serta bantuan kewangan akan disalurkan kepada mangsa yang tidak bekerja. Pihaknya juga akan memberi jaminan untuk menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) perkhidmatan LRT.

Rata-rata netizen tidak bersetuju pihak Prasarana hanya memberikan pampasan sebanyak RM1,000 kepada mangsa kemalangan kerana ia melibatkan nyawa manusia.

Dalam masa yang sama, netizen juga menasihati mangsa untuk keluarkan saman terhadap pihak Prasarana agar menerima wang pampasan yang sewajarnya.

Laporan awal mengenai kejadian pertembungan melibatkan dua tren LRT akan diserahkan Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Azlan Shah Al-Bakri kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong hari ini.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...