Seorang pengguna Twitter mendakwa, gara-gara menawarkan hadiah, diskaun dan pelbagai tawaran menarik di Instagram menjual telefon bimbit, dia telah diugut bunuh.
Gadis itu mendakwa sudah beberapa hari merasakan dirinya diekori seseorang yang tidak dikenali dan kemudian menerima mesej terus di Instagram mengugut untuk membunuhnya kerana membuat pelbagai promosi di Instagram.


Dia kemudiannya menerangkan perniagaan yang dibuatnya serta tawaran-tawaran yang dibuat kepada sesiapa yang membeli telefon darinya.
Dia menulis panjang mendakwa menerima ugutan bunuh di mesej terus Instagram, dan telah membuat laporan polis.
Dia juga mendakwa pengugut tersebut mengekori dan mengambil gambarnya di pejabat secara sembunyi, kemudian gambar itu dihantar kepadanya.
Bagaimanapun, ramai ragu-ragu dengan ceritanya, kerana ayat-ayatnya seolah-olah mempromosikan perniagaannya.
Apabila diminta, dia juga gagal menunjukkan salinan laporan polis diugut bunuh.
Malah, ramai perasan gaya menaip pengguna Twitter itu sama saja dengan gaya taipan di mesej terus yang didakwa ugutan bunuh tersebut.
Disebabkan itu, gadis tersebut menerima pelbagai kecaman dari Netizen.
Kebetulan sangat la orang yang ugut dia guna perkataan kecik besaq sama macam dia, kebetulan jugak yang ugut dia tu jenis tekan space dulu sebelum tanda baca, kebetulan jugak dia lowkey promote ig dia, kebetulan jugak aku dm dia mintak gambaq report tp dia senyap tak reply pic.twitter.com/McBWMxswyP
— ? (@InjangNation) September 26, 2018
Ugut diri sendiri, then mention ig dia, mention sales dia, mention promo dia ?. Another level of marketing ?.
— naddyfaby (@naddyfaby) September 27, 2018
Malah,gadis itu mendakwa tidak mungkin dia mereka cerita mengenai sesuatu yang membahayakan nyawanya:
Tweet itu dibalas seorang pengguna Twitter lain mendakwa adiknya pernah membeli telefon dari gadis itu, namun perkhidmatan yang ditawarkan teruk.
report please . ingat orang Malaysia ni noob² ka? ?
adik aku pernah beli iphone dari kau . service teruk . iphone dy guna 3 bulan je weh ?— ?? ??????????? (@_itsQinn) September 27, 2018
Fake ke iphone dia wei
— Duke of Gedoks (@dzaqreen) September 27, 2018
kalau ori takkan lah baru 3 bulan guna screen dah blank . bunyi ada, screen yillek . adik jaga kaw² kot phone tu . time tu dy tengah selfie, tetibe jadi blank . dy pun dah banyak kali kata, phone dy cepat sgt panas bila on call
— ?? ??????????? (@_itsQinn) September 27, 2018
dah . and as usual, mintak restart lah, kata masuk air bagai padahal adik jaga iphone tu macam nyawa dy sendiri . kalau clone, jangan cakap ori sis ?
tu je . nak claim waranty macam² alasan, last adik fedup, repair kedai je .— ?? ??????????? (@_itsQinn) September 27, 2018
Dan mungkin kerana tidak mampu menjawab pelbagai soalan dan asakan Netizen, dia kemudiannya mengunci akaun Twitter tanpa memberikan penjelasan yang konkrit terhadap dakwaannya.

Apa yang boleh dikatakan, Netizen kini semakin bijak menilai dan tidak begitu cepat mempercayai sebarang dakwaan apatah lagi apabila melibatkan perlakuan jenayah yang gagal dibuktikan.
Diharap gadis tersebut dapat belajar dari kesilapan dan berniaga dengan beretika selepas ini. – amazingnara.com
Sumber: InjangNation