Siapa saja pasti pernah menonton kartun popular, Spongebob Squarepants yang menjadi hiburan semua lapisan masyarakat. Dengan watak-watak menarik dan jalan penceritaan yang unik, kartun ini berjaya mengekalkan fenomenanya di seluruh dunia.
Di sebalik keceriaan yang ditunjukkan di dalam kartun ini, siapa sangka terdapat fakta sedih yang terselindung di sebalik penciptaan watak-watak dan penceritaan kartun ini. Baru-baru ini, ianya hangat menjadi perbualan netizen di media sosial sehingga mendapat lebih 80,000 likes di Twitter.
Maksud sebenar bunga di permukaan laut
Korang tahu tak bunga dkt permukaan laut dalam cerita SpongeBob ni sebenarnya oil pollution? pic.twitter.com/yT9NAVXBEr
— CS ? (@CahayaSakinah_) May 13, 2020
Jika anda menonton kartun Spongebob ini, pastinya anda sedar tentang kewujudan bunga pada permukaan laut di dalam cerita ini. Berdasarkan pendedahan di Twitter ini, maksud sebenar di sebalik bunga itu adalah pencemaran minyak yang berlaku dalam dunia sebenar.
Bikini Bottom yang merupakan bandar di mana Spongebob dan rakan-rakannya tinggal juga adalah berdasarkan lokasi sebenar di peta dunia iaitu Bikini Atoll. Tempat dikenali sebagai Bikini Atoll merupakan tempat di mana Amerika Syarikat melakukan ujian nuklear.
Confirmed.
Bikini Bottom terletak kan Bikini Atoll. Tempat testing nuklear apa bagai.
Kalau nak buang minyak sana, tak kan ada org nak gi siasat.
Since semua radioactive, of cause, ikan2 mutate.
Sponge pakai baju seluar? Memang teruk sangat lah mutation tu. https://t.co/mEqLQT7gua
— Oliver_JHoward (@Oliver_JHoward) May 13, 2020
Ikan paus anak Mr. Krab
Mungkin anda sedar sesuatu yang tidak logik apabila watak Mr. Krab iaitu seekor ketam mempunyai seorang anak perempuan, Pearl yang merupakan seekor ikan paus. Tetapi yang sebenarnya, Mr. Krab menjumpai Pearl yang berada di sebelah mayat ibunya yang telah diburu. Maksud di sebaliknya adalah sindiran kepada pemburuan haram yang dilakukan pada spesies tersebut.
Tidak dilupakan juga, tempat tinggal yang ditonjolkan di dalam kartun ini adalah sebenarnya longgokan sampah sarap yang dibuang ke dalam laut. Bangunan-bangunan yang berada di Bikini Bottom juga dikatakan sebenarnya adalah besi buruk.
and not forget that the houses in the city are made from scrap metal ? pic.twitter.com/hl0xgBhmOk
— #StayAtHome la bodo (@aimanjy) May 13, 2020
dats why pic.twitter.com/pbhyWinyct
— dins (@hotcaramelatte) May 13, 2020
Sementara itu, ada juga yang mendedahkan watak tupai dikenai sebagai Sandy adalah haiwan yang dibawa ketika ujian nukelar dilakukan. Disebabkan itu jugalah, watak Sandy di dalam ini cerita ini sentiasa memakai sut pakaian perlindungan diri lengkap sepanjang berada di Bikini Bottom.
Dan aku tercari cari mana datangnya seekor tupai tu. Last2 baru aku tau yang dia adalah antara haiwan yang mereka bawa bersama ketika ujian itu. Sedihnyaaaa ? pic.twitter.com/CxwH1HY9AH
— ??? ? (@kimmm707) May 13, 2020
Melihatkan kepada beberapa persamaan yang dikaitkan, tidak mustahil ianya menceritakan mengenai kemusnahan yang dilakukan pada hidupan dalam laut. Untuk makluman, kartun popular ini turut ditulis bersama pendidik sains marin dan animator Stephen Hillenburg untuk Nickelodeon.
Secara ringkasnya, kartun dan watak-watak di dalam Spongebob Squarepants ini menggambarkan sebuah hidupan yang tercemar akibat radiasi nuklear sehinggakan haiwan-haiwan ini bermutasi.