Perkongsian pelakon Abby Abadi di media sosial mencuri perhatian apabila dia menunjukkan beberapa komen netizen mengenai anaknya, Marissa Dania.
Hantaran itu memaparkan komen netizen tentang rumah tangga Marissa dan Aslam dan ia seolah-olah menyampaikan isi hati Abby sendiri buat anaknya.
Menerusi ruangan komen di Instagram, ramai yang mengambil kesempatan itu untuk turut sama ‘memujuk’ dan menasihati Marissa agar mendengar kata-kata ibunya.
Malah, rata-ratanya berkata perjalanan hidup Marissa masih panjang dan belum terlambat untuk pempengaruh tersebut memulakan kehidupan yang baru.
Nak jugak la pujuk Marissa. Lepaskan cinta yang menyakitkan. Carilah kebahagiaan lain, you cantik. Confirm ramai beratur nak jadi suami.
Dalam pada itu, segelintir individu mencadangkan agar Marissa menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya memandangkan dia merupakan seorang bijak pandai.