Netizen Berang Seorang Lelaki Tanpa Segan Meludah Di Dalam KTM Berulang Kali

Trending

Netizen Berang Seorang Lelaki Tanpa Segan Meludah Di Dalam KTM Berulang Kali

Penularan wabak COVID-19 di negara kita masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih dalam masa terdekat ini. Tambahan pula, apabila Malaysia telah pun merekodkan 2 kematian semalam.

Baca: Kementerian Kesihatan Umumkan Kematian Pertama Covid-19 Di Malaysia

Advertisement

Kerajaan telah mengeluarkan perintah kawalan di seluruh negara bertujuan untuk menghentikan virus tersebut daripada terus merebak dengan lebih meluas. Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya menitik beratkan langkah pencegahan yang telah disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun, baru-baru ini terdapat satu video yang telah tular dan memaparkan seorang lelaki meludah beberapa kali ke lantai sebuah pengangkutan awam. Video itu nyata menimbulkan kemarahan orang ramai.

Perkongsian video yang berdurasi 27 saat itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman Twitter. Video tersebut kini meraih 5,100 tontonan dan rata-rata netizen berang dengan tindakan lelaki tersebut.

Lelaki itu dilihat sedang menyentuh hidungnya sebelum bertindak meludah ke lantai beberapa kali.

 

Terdapat satu lagi video yang sempat dirakam oleh seorang pengguna twitter.

 

Menurut kenyataan dari posting tersebut menunjukkan lelaki didalam video ini merupakan lelaki yang sama. Lelaki itu dipercayai sudah meludah beberapa kali di dalam pengangkutan awam tersebut, dia juga bertindak menghalau orang sekelilingnya keluar dari situ.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...