Para doktor dan petugas kesihatan lain kini seperti berperang mengubati pesakit COVID-19. Para saintis pula masih bertungkus-lumus mencari vaksin yang boleh melawan virus ini. Menurut laporan sebelum ini, saintis China ada menjangkakan bahawa vaksin tersebut mungkin akan tersedia pada bulan April. Tetapi sehingga kini masih tiada berita lanjut mengenai perkara tersebut.
Namun baru-baru ini terdapat satu perkongsian yang dibuat oleh salah seorang pengguna Facebook. Perkongsian tersebut telah di muat naik bersama luahan rasa tidak puas hati dan beberapa keping gambar yang telah di screen shot terhadap ‘puak’ penjual produk krim timbang kilo.
Mereka juga ada memaklumkan bahawa produk mereka kaya dengan vitamin C tertinggi di dunia dan mampu menguatkan sistem imun dalam badan manusia.
Ramai netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati berkenaan golongan yang hanya mengambil kesempatan diatas kebimbangan yang sedang rakyat negara kita hadapi ini.
Sikap tidak bertanggungjawab para penjual ini nyata membuatkan ramai netizen berang. Risau sekiranya penyakit lain yang timbul atas promosi tidak sensitif mereka ini.
Senangnya buat duit atas kebimbangan orang lain.