Netizen Berang ‘Pencuri’ Durian Dihukum Dengan Kejam

Kehidupan

Netizen Berang ‘Pencuri’ Durian Dihukum Dengan Kejam

Biodiversiti merupakan nikmat yang sangat besar dalam kehidupan kita. Ia merangkumi satu spesies atau lebih spesies yang berinteraksi antara organisma dan komponen bukan hidup dalam persekitaran, tingkah laku, sejarah hidup dan kepelbagaian fisiologi, habitat yang terdiri daripada pelbagai biologi semua habitat atau ekosistem yang berbeza di sesuatu kawasan. Dengan ekosistem ini, ia akan menyumbang kepada keseimbangan alam sekitar yang sekaligus akan turut menjamin khidmat ekologi yang bernilai kepada manusia.

Di Facebook, Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association telah memuat naik gambar seekor tupai yang diikat dengan kejam hanya kerana mencuri buah di kebun durian.

Advertisement

“Pemilik dusun yang melampau batas wajar diheret ke mahkamah dan diadili dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.”

Menurut posting yang dimuat naik, Persatuan Haiwan Malaysia memberitahu bahawa pemilik dusun yang melampaui batas wajar diheret ke mahkamah dan diadili dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Dari situ barulah diketahui bahawa tindakan melampau dan menyakiti tupai itu adalah wajar atau tidak wajar dilakukan di Malaysia!

Difahamkan lagi, tupai ini dihukum untuk memberi pengajaran kepada tupai-tupai yang lain. Namun sedia maklum, fitrah haiwan liar mencari makanan dengan pencerobohan. Tupai tidak diberi akal seperti manusia untuk membezakan mana yang baik dan buruk.

Perkara ini turut membuatkan netizen marah kepada pemilik kebun tersebut atas tindakan melampaunya itu.

“Berkongsi rezeki tak menjadikan kita miskin”

Tidak salah untuk berkongsi rezeki sesama makhluk, terutama sekali kepada binatang. Kita yang telah diberikan akal fikiran yang waras, wajarkah kita menyeksa binatang yang tidak mempunyai akal seperti kita?

Tambahan lagi, tupai adalah hidupan liar yang dipelihara sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam Akta 716. Malah, sesiapa yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakkan undang-undang serta hukuman.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...