Netizen Berang Mesin Layan Diri ‘Vape’ Diletak Dalam Pusat Beli Belah, Remaja Bawah Umur Pun Boleh Beli

Kehidupan

Netizen Berang Mesin Layan Diri ‘Vape’ Diletak Dalam Pusat Beli Belah, Remaja Bawah Umur Pun Boleh Beli

Kemunculan mesin layan diri ‘vape’ di sebuah pusat membeli belah terkemuka ibu negara menaikkan kemarahan dan mengundang kritikan warganet di media sosial baru-baru ini.

Menurut warganet meletakkan mesin itu di tempat awam sebegitu tidak patut dan seolah-olah menggalak serta mempromosikan tabiat merokok memandangkan sesiapa sahaja boleh membeli dari mesin tersebut.

Advertisement

Tak perlu imbas MyKad untuk pengesahan umur. Hanya bayar dengan kad atau e-dompet.

Pelanggan boleh membeli dengan mudah dengan hanya menyentuh skrin dan membayar sebelum mesin itu mengeluarkan produk vape dipilih.

 

KKM arahkan henti operasi

Susulan penularan isu itu, pihak pengurusan pusat membeli belah terbabit dilaporkan telah diarah untuk menghentikan operasi mesin tersebut serta merta.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata pihaknya memandang serius isu itu dan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), Seksyen 10 memperuntukkan larangan penjualan dan pameran semua produk merokok, termasuklah menerusi kaedah mesin layan diri.

Bagi aduan ini, pihak KKM telah turun dan bertemu dengan pihak pengurusan pusat membeli belah yang terlibat bagi menerangkan tentang larangan penjualan menerusi mesin layan diri tersebut.

kkm henti operasi mesin layan diri vape

Difahamkan, semua pegawai penguatkuasa KKM dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara telah mengikuti  Siri Taklimat Penguatkuasaan Akta 852 bermula 9 Jun 2024 bagi memaklumkan tentang larangan-larangan yang terdapat di bawah Akta 852 dan peraturan di bawahnya termasuk larangan penjualan produk merokok melalui mesin layan diri.

psl
11 months ago

"Itu Hanyalah Main-Main.." - Puteri Sarah Didakwa Kantoi Hisap 'Vape' Ketika 'Live', Rakan Karib Beri Penjelasan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...