Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara-Gara Terlanggar Ahli Keluarga

Kehidupan

Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara-Gara Terlanggar Ahli Keluarga

Seorang lelaki dipercayai bertindak agresif selepas anaknya dilanggar dengan menumbuk pemandu kereta Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang, semalam.

Video berdurasi 22 saat yang tular di TikTok menunjukkan lelaki itu menyerang wanita berkenaan di dalam kereta sebelum menumbuknya dua kali.

Advertisement

lelaki tumbuk wanita

Kejadian berlaku ketika kanak-kanak tersebut dipercayai sedang mengekori bapanya melintas jalan.

Dalam rakaman tersebut, pemandu wanita membuka pintu sebelum lelaki terbabit cuba mencederakannya. Dia kemudian sekali lagi dilihat menumbuk wanita itu, yang cuba mengelak dengan masuk semula ke dalam kereta. Seorang individu di lokasi cuba menghalang tindakan lelaki berkenaan.

Menurut perkongsian akaun TikTok Fattyaazi, adik kepada mangsa mendakwa kakaknya secara tidak sengaja melanggar kanak-kanak itu kerana penglihatannya terhalang oleh kenderaan pelbagai guna (MPV) di hadapan.

Laporan polis telah dibuat selepas kejadian, dan media kini mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tun M maafkan jamal yunos
19 hours ago

Tun Mahathir Doakan Kesembuhan Jamal Yunos, Minta Orang Ramai Berhenti Ungkit Kisah Silam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...