Netizen Bengang, Seorang Gadis Anggap Banjir Berlaku Kerana Maksiat Berleluasa Di Selangor

Kehidupan

Netizen Bengang, Seorang Gadis Anggap Banjir Berlaku Kerana Maksiat Berleluasa Di Selangor

Sedia maklum, hujan lebat dibeberapa kawasan di sekitar Selangor seperti Shah Alam dan Klang telah mengakibatkan berlakunya banjir besar, sehingga ramai orang awam yang terkandas di jalan raya dan ada juga yang keluar dari rumah bagi menyelamatkan diri.

Memetik dari artikel Lobak Merah, punca berlakunya hujan lebat tidak henti ini kerana disebabkan sistem lekukan tropika (tropical depression) yang menuju ke arah Semenanjung Malaysia.

Advertisement

Walau bagaimanapun, ciapan seorang wanita ini telah ‘menaikkan darah’ orang ramai, apabila dia berkata keadaan yang dihadapi oleh penduduk di Selangor sekarang akibat daripada maksiat yang berleluasa di kawasan ini.

Banjir di Selangor kerana maksiat berleluasaSumber : Lobak Merah 

Malah, gadis ini turut mengatakan negeri Selangor merupakan salah satu negeri yang mempunyai banyak kes maksiat dan dalam pada itu, dia meminta agar orang ramai mengambil pengajaran atas ujian yang berlaku ini.

Ciapan yang dibuat olehnya itu telah tular Twitter dan mendapat perhatian wargamaya yang rata-rata tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh beliau.

Banjir di Selangor kerana maksiat berleluasaSumber : Lobak Merah 

Ketika ramai mangsa yang masih berhadapan dengan bencana ini, warganet merasakan hal itu tidak perlu diperkatakan dan ianya seolah-olah tidak berasa simpati atas mangsa-mangsa tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Ebby Yus
2 years ago

Rumah Hanyut Akibat Banjir, Ebby Yus Reda Dengan Ketentuan Ilahi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Lobak Merah

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...