Netizen Bengang Penjual Durian Tetapkan Harga Mengikut Kereta Pelanggan

Trending

Netizen Bengang Penjual Durian Tetapkan Harga Mengikut Kereta Pelanggan

Musim durian sekarang ini menyaksikan hampir di mana-mana sahaja akan terlihat peniaga-peniaga durian menjual raja buah kegemaran ramai ini. Tapi ada juga sesetengah peniaga yang mengenakan harga tidak masuk akal untuk durian jualan mereka sehingga ramai yang tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan.

Baru-baru ini pula, ada peniaga durian di tepi jalan yang dipercayai menjadikan kenderaan pelanggan yang singgah sebagai kayu pengukur untuk meletakkan harga pada raja buah yang dijual. Semakin mahal kereta yang dinaiki pelanggan, semakin tinggi harga durian yang akan dijual mereka.

Advertisement

“Pergi beli naik Viva dapat murah gila. Balik bagitahu kawan, dia pergi dapat mahal sebab naik Alphard.”

Sebagai contoh, harga durian naik dua hingga tiga kali ganda apabila pelanggan yang singgah menggunakan kenderaan mewah, peniaga sanggup berbuat demikian bagi mengaut keuntungan berlipat ganda. Memandangkan permintaan yang tinggi terhadap buah tersebut yang mendorong peniaga melakukannya.

durian

Untuk memastikan peniaga tamak tidak terus mengambil kesempatan, KPDNHEP akan sentiasa melakukan pemeriksaan di semua pusat jualan durian tepi jalan di Kuantan, Jerantut, Bentong, Lipis, Raub dan Temerloh.

“Kita akan mengenakan kompaun RM1,000 mengikut Perintah 3(1) Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993, sekiranya peniaga yang gagal mempamerkan tanda harga.”

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Ahmad Fitri Ali memberitahu antara kesalahan lain ialah penggunaan alat timbang tidak tepat. Ianya boleh dikompaun sebanyak RM1,000 bagi orang perseorangan dan perkongsian, manakala RM2,000 untuk syarikat dan perbadanan mengikut Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat 1973.

Setakat ini empat peniaga durian dikenakan kompaun RM4,000 kerana kesalahan gagal mempamerkan tanda harga termasuk menggunakan alat tidak ditentusah. Satu kes gagal mempamerkan tanda harga berlaku di Jerantut dan tiga kes menggunakan alat tidak ditentusah di Kuantan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...