Netizen Bengang Pengadil Abai Insiden Zaquan Adha Ditumbuk Pemain Bolasepak Vietnam

Trending

Netizen Bengang Pengadil Abai Insiden Zaquan Adha Ditumbuk Pemain Bolasepak Vietnam

Perlawanan akhir pertama antara Malaysia dengan Vietnam telah berlangsung dengan keputusan seri 2-2 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Namun begitu, satu video yang viral di Twitter menjadi bualan hangat Netizen kerana menunjukkan pemain Vietnam, Do Duy Manh,22, menumbuk kapten pasukan Malaysia, Zaquan Adha Abdul Razak, 31.

Advertisement

Bagaimanapun, pengadil tidak mengambil tindakan terhadap pemain Vietnam itu walaupun Zaquan telah memberitahu mengenainya. Kejadian itu berlaku pada minit ke 10 perlawanan.

Dari kiri: Aidil Zafuan dan Zaquan Adha

Video insiden itu boleh ditonton di bawah:


Ia menimbulkan kemarahan Netizen yang menganggap pengadil bersifat berat sebelah.

Pengadil ada masalah penglihatan?

Insiden itu juga dikatakan menimbulkan kemarahan abang Zaquan, Aidil Zafuan Abdul Razak, 31, yang berada di bangku simpanan kerana kecederaan yang dialami.

Gambar: Do Duy Mnh

Zaquan kena tumbuk, Aidil yang rasa

Pengadil memang bermasalah

Ramai menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kerana pemain Vietnam terbabit tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Malaysia akan mengembara ke Vietnam untuk bermain dalam perlawanan akhir kedua menentang Vietnam di Stadium MyDinh 15 Disember ini. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...