Perlawanan akhir pertama antara Malaysia dengan Vietnam telah berlangsung dengan keputusan seri 2-2 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Namun begitu, satu video yang viral di Twitter menjadi bualan hangat Netizen kerana menunjukkan pemain Vietnam, Do Duy Manh,22, menumbuk kapten pasukan Malaysia, Zaquan Adha Abdul Razak, 31.
Bagaimanapun, pengadil tidak mengambil tindakan terhadap pemain Vietnam itu walaupun Zaquan telah memberitahu mengenainya. Kejadian itu berlaku pada minit ke 10 perlawanan.

Dari kiri: Aidil Zafuan dan Zaquan Adha
Insiden di mana kapten Malaysia Zaquan Adha ditumbuk oleh pemain Vietnam Do Duy Manh.
Kad merah? pic.twitter.com/YuQnzd4PJZ
— MY Football Liga (@MyFootballLiga) December 11, 2018
Ia menimbulkan kemarahan Netizen yang menganggap pengadil bersifat berat sebelah.
Pengadil ada masalah penglihatan?
Insiden itu juga dikatakan menimbulkan kemarahan abang Zaquan, Aidil Zafuan Abdul Razak, 31, yang berada di bangku simpanan kerana kecederaan yang dialami.

Gambar: Do Duy Mnh
Zaquan kena tumbuk, Aidil yang rasa
Pengadil memang bermasalah
Ramai menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kerana pemain Vietnam terbabit tidak dikenakan apa-apa tindakan.