Netizen Bengang Pemilik Restoran Enggan Sedekah Sisa Makanan Kepada Anjing Kerana ‘Kerja Haram’

Trending

Netizen Bengang Pemilik Restoran Enggan Sedekah Sisa Makanan Kepada Anjing Kerana ‘Kerja Haram’

Seorang pengguna Twitter menyuarakan kesedihannya dengan sikap seorang pengusaha restoran yang tiada belas kasihan. Ini kerana dia enggan memberikan sisa-sisa makanan yang tidak dihabiskan pelanggan untuk diberikan kepada anjing, mendakwa memberi makan anjing itu haram.


@TengkuShukran di Twitter mengongsi salinan perbualan WhatsApp antara seorang wakil Animal Malaysia dengan pengusaha restoran itu yang enggan memberikan sisa makanan kepadanya untuk diberikan kepada anjing kerana ‘enggan bersubahat dan bersekongkol dengan perkara haram.



Advertisement

“Simptom kegagalan subjek pendidikan Islam di sekolah”

Ada mendakwa sikap pengusaha restoran tersebut ialah simptom kegagalan silabus pendidikan Islam di sekolah dalam mendidik mengenai intipati agama mengenai Rahmatan Lil Alamin.

“Pelacur yahudi bagi anjing minum masuk syurga”

“Minta saki baki makanan je kot”


Ada juga yang meminta Tengku Shukran mendedahkan nama restoran tersebut supaya ia boleh diboikot.

Tidak pasti di mana silapnya sehinggakan memberikan anjing makan sisa makanan pun dikatakan perbuatan haram.

Sikap seperti ini dilihat hanya mencemarkan nama agama Islam kerana seolah-olah mahu menjaga kehormatan Islam tetapi pengusaha restoran itu sebenarnya jahil.

Apa pun, memang terdapat hadith yang menyatakan mengenai seorang pelacur yang dijamin tempat di syurga kerana memberikan air kepada anjing yang kehausan. Perasaan belas kasihan sesama makhluk sepatutnya tertanam dalam diri seorang manusia yang mengaku beragama Islam. Bukan begitu?

Sumber: @TengkuShukran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.