Tular satu video di laman Facebook yang memaparkan penunggang motosikal dengan jumlah yang sangat banyak menunggang motosikal di atas jalan raya.
Kejadian dipercayai berlaku di Pulau Pinang namun masa kejadian berlaku tidak dapat dikenal pasti. Video tersebut mengundang pelbagai rekasi daripada warganet kerana aksi mereka yang cukup berbahaya.
Ada juga segelintir warganet yang fokus dengan cara individu berkenaan ‘mengulas’ isi video itu. Jika didengar secara teliti cara individu berkenaan ‘mengulas’ memang cukup membuat warganet terhibur ditambah dengan loghat yang digunakan.
Namun, rata-rata netizen tidak berpuas hati dan marah kerana kumpulan penunggang motosikal itu menunggang secara berbahaya sehingga menganggu lalulintas di kawasan berkenaan.
Ada juga penunggang menunggang secara lawan arus yang boleh mengakibatkan kemalangan.
Perkara seperti ini sepatutnya perlu dielakkan dan lebih baik gunakan masa untuk buat perkara yang berfaedah. Kemalangan jalan raya juga dapat dikurangkan kerana penunggang motosikal berpotensi lebih tinggi untuk menjadi mangsa kemalangan.