Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Netizen Bengang Intan Suraya Perli Foto Sharnaaz Ahmad Bersama Kekasih

Sebelum ini kami ada dengar khabar angin mengatakan seorang pengacara TV ada menimbulkan sedikit kekecohan di akaun Instagram Sharnaaz Ahmad di ruang komen foto  beliau bersama kekasihnya, Noor Nabila.

Kami ingatkan perkara itu sudah reda, rupa-rupanya tidak kerana beberapa hari lepas pengacara TV berkenaan masih lagi berbalas komen dan seakan “bergaduh” dengan peminat Sharnaaz di Instagram.

Advertisement

Untuk pengetahuan anda, pengacara berkenaan adalah Intan Suraya yang dahulu kerap muncul di TV3. Rasanya ada antara pembaca blog ini yang kenal dengan beliau bukan?

Ok kami tidak mahu cakap banyak dan anda lihat sendiri antara komen-komen Intan Suraya di Instagram Sharnaaz Ahmad :-

Ramai yang mempersoalkan, mengapa seseorang yang bekerja di stesen televisyen tidak tahu bahawa Sharnaaz sudah berkahwin ataupun tidak.

Meskipun Intan Suraya menegaskan beliau tidak berniat untuk mencetuskan pertelingkahan, masih ada yang berpendapat beliau sengaja ingin memperli Sharnaaz.

Hmmph, niat seseorang itu sukar untuk kita ketahui, tetapi kami mungkin bersetuju dengan pendapat sesetengah peminat adakah Intan Suraya tidak tahu status Sharnaaz Ahmad? Ermm, mungkin juga ini petanda Sharnaaz dan Noor Nabila perlu cepat-cepat kahwin agar tidak timbul lagi kes seperti ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top