Sebelum ini kami ada dengar khabar angin mengatakan seorang pengacara TV ada menimbulkan sedikit kekecohan di akaun Instagram Sharnaaz Ahmad di ruang komen foto beliau bersama kekasihnya, Noor Nabila.
Kami ingatkan perkara itu sudah reda, rupa-rupanya tidak kerana beberapa hari lepas pengacara TV berkenaan masih lagi berbalas komen dan seakan “bergaduh†dengan peminat Sharnaaz di Instagram.
Untuk pengetahuan anda, pengacara berkenaan adalah Intan Suraya yang dahulu kerap muncul di TV3. Rasanya ada antara pembaca blog ini yang kenal dengan beliau bukan?
Ok kami tidak mahu cakap banyak dan anda lihat sendiri antara komen-komen Intan Suraya di Instagram Sharnaaz Ahmad :-
Ramai yang mempersoalkan, mengapa seseorang yang bekerja di stesen televisyen tidak tahu bahawa Sharnaaz sudah berkahwin ataupun tidak.
Meskipun Intan Suraya menegaskan beliau tidak berniat untuk mencetuskan pertelingkahan, masih ada yang berpendapat beliau sengaja ingin memperli Sharnaaz.
Hmmph, niat seseorang itu sukar untuk kita ketahui, tetapi kami mungkin bersetuju dengan pendapat sesetengah peminat adakah Intan Suraya tidak tahu status Sharnaaz Ahmad? Ermm, mungkin juga ini petanda Sharnaaz dan Noor Nabila perlu cepat-cepat kahwin agar tidak timbul lagi kes seperti ini.