Netizen Bantah Cadangan Ellie Suriati Supaya Pemilik Saluran YouTube Dikenakan Lesen

Hiburan

Netizen Bantah Cadangan Ellie Suriati Supaya Pemilik Saluran YouTube Dikenakan Lesen

Terbaru, Ellie Suriati meminta Akta Perbadanan Kemajuan Nasional Malaysia (Finas) 1981 dirombak semula bagi melindungi hak dan kepentingan masa depan industri perfileman tanah air.

Antara penambahbaikan yang dicadangkan oleh Presiden Gabungan Anak Seni itu ialah mewajibkan lesen untuk pemilik saluran YouTube kerana mereka meraih pendapatan lumayan daripada platform berkenaan.

Advertisement

“Antara penambahbaikan itu, menteri diseru melaksanakan lesen pengguna YouTube kerana mereka berjaya dengan kandungan kreatif disiarkan.”

netizen kritik ellie suriati

Jelas Ellie lagi, ada dalam kalangan pemilik saluran berkenaan yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan sendiri sekiranya tidak dikenakan lesen tersebut.

Contoh mudah yang diberikan oleh pelakon berusia 50 tahun itu ialah, mereka boleh gunakan wajah dia sedang berucap pada sesuatu perhimpunan tanpa mendapatkan kebenaran, kemudian dimuat naik pada saluran tertentu.

Bahkan Ellie tidak melatah sekiranya cadangannya itu mendapat kritikan kerana sudah tidak tahan melihat penggiat seni sering menjadi mangsa keadaan.

Paling dikesali oleh wanita itu ialah apabila ada pemilik saluran YouTube yang bertindak menggunakan saluran itu untuk mengkritik filem keluaran tempatan sampai memberi kesan kepada jumlah kutipan tayangan.

“Ia mengakibatkan kerugian besar kepada penerbit, pengarah dan juga kru produksi kerana tiada orang mahu menonton filem kami selepas ia digelar produk sampah.”

Pun begitu, Ellie menambah bahawa saranan berkenaan tidak dikuatkuasakan ke atas pengguna Facebook mahupun TikTok kerana mereka dianggap pengguna home video.

Selepas saranan Ellie ini sampai ke telinga netizen, ramai yang meluahkan perasaan tidak setuju dengan cadangannya.

netizen kritik ellie suriati netizen kritik ellie suriati netizen kritik ellie suriati netizen kritik ellie suriati netizen kritik ellie suriati

Sumber: MalaysiaKini & Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...