Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membentangkan senarai barisan kabinet baru yang telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Perdana Menteri dalam ucapannya berkata barisan ini akan mengangkat sumpah pada Isnin depan. Menteri yang bertanggungjawab diberi tempoh selama 100 hari pertama untuk menunjukkan prestasi mereka.
Antara yang mendapat perhatian ramai adalah pelantikan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Menteri Kesihatan. Ahli Parlimen Rembau itu sebelum ini memegang portfolio Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Terdahulu, beliau turut bertanggungjawab menggalas tugas besar sebagai menteri penyelaras program imunisasi Covid-19.
Menteri Kesihatan
YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timabalan Menteri I : YB Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II : YB Datuk Aaron Ago Dagang#KabinetMalaysia2021#KeluargaMalaysia pic.twitter.com/vH3RatkQET— ??Astro AWANI?? (@501Awani) August 27, 2021
Terbaru, Khairy Jamaluddin menerusi perkongsian di Facebook mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri di atas kepercayaan melantiknya memimpin Kementerian Kesihatan.
Di ruangan komen, rakyat meluahkan rasa keterujaan dan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Khairy Jamaluddin. Mereka berharap beliau terus cemerlang berkhidmat untuk memberi yang terbaik kepada orang ramai.
Tak kurang juga yang memohon Khairy Jamaluddin menyelesaikan isu berkaitan pelantikan jawatan doktor kontrak ke tetap.
Rata-rata menaruh harapan tinggi kepada beliau untuk menyelesaikan masalah pandemik yang dilihat semakin membimbangkan hari ini.
Selepas satu jam dimuat naik, hantaran tersebut mendapat lebih 64,000 tanda suka dan 11,000 komen.
Orang ramai nampaknya tidak sabar melihat perubahan yang akan dilakukan Menteri Kesihatan dalam mengawal penularan wabak serta memajukan lagi sistem kesihatan negara.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara