“Netizen 1 – 0 Neelofa”- Warga Maya Puas Hati Tindakan Undang-Undang Dikenakan Terhadap Neelofa Dan Haris

Hiburan

“Netizen 1 – 0 Neelofa”- Warga Maya Puas Hati Tindakan Undang-Undang Dikenakan Terhadap Neelofa Dan Haris

Seolah-olah meraikan kemenangan, rata-rata pengguna media sosial tampil meluahkan rasa puas hati terhadap tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pasangan selebriti terkenal, Neelofa dan Haris Ismail berhubung isu pelanggaran SOP di majlis perkahwinannya, hujung Mac lalu.

Dilaporkan bahawa pihak berkuasa telah mengenakan kompaun berjumlah RM60,000 keseluruhannya ke atas Neelofa dan Haris sekeluarga.

Advertisement
NeelofaSumber : Google  

Difahamkan juga, denda tersebut turut dikeluarkan selain daripada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada majlis perkahwinan dan juga untuk kesalahan perbuatan melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri ke Pulau Langkawi, Kedah, baru-baru ini.

Meninjau laman media sosial usai pengumuman tersebut dibuat, ramai netizen meluahkan rasa syukur kerana teka-teki mengenai tindakan apa yang dikenakan buat pasangan tersebut terjawab pada hari ini.

Komen Netizen NeelofaSumber : Kosmo Online  

“Alhamdullilah, itu sikap adil dan saksama pihak berkuasa yang kami nantikan..” tulis seorang pengguna media sosial.

Dalam pada itu, ada juga sesetengah netizen yang membanding-bandingkan jumlah kompaun yang dikenakan terhada Neelofa dengan kisah seorang peniaga burger yang tular semalam.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia dalam sebuah kenyataan rasmi mengumumkan bahawa pasangan suami isteri itu telah dikompoun sebanyak RM20,000 bagi Neelofa dan RM 10,000 untuk Haris.

Neelofa PDRMSumber : PDRM  

Selain Neelofa dan Haris,20 ahli keluarga pasangan itu turut dikenakan denda sebanyak RM1,500 setiap seorang kerana gagal menjaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah tersebut berlangsung.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...