Netizen Hanya Mampu Geleng Kepala Melihat Gambar Dikongsikan RapidKL Ini

Trending

Netizen Hanya Mampu Geleng Kepala Melihat Gambar Dikongsikan RapidKL Ini

Tak dinafikan memang ramai rakyat Malaysia yang menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana sahaja terutamanya ke tempat kerja. Bukan sahaja mudah tetapi juga dapat menjimatkan perbelanjaan harian.

Yang terbaru, posting yang dikongsi oleh RapidKL di laman Facebook mereka mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ianya adalah realiti sebenar yang berlaku dimana kebajikan pengguna Orang Kurang Upaya (OKU) tidak didahulukan.

Advertisement

Seperti yang kita semua maklum, penggunaan lif sememangnya diberikan keutamaan kepada mereka yang memerlukan seperti golongan OKU, warga emas, ibu mengandung dan ibu bapa yang membawa anak kecil bersama stroller.

Walaupun tidak ada salahnya untuk menggunakan lif tetapi keutamaan diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Ada kalanya pengguna tidak peka dengan keadaan sekeliling hingga mengabaikan yang perlu diberi keutamaan.

screenshot facebook
screenshot facebook
screenshot facebook
Harapnya perkongsian yang dikongsi oleh pihak RapidKL ini dapat memberikan kesedaran untuk pengguna lebih peka dengan keadaan sekeliling. Selepas ini jangan terlalu leka bermain phone pula ya. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...