Netien Puji Nubhan Santuni Mak Jenny, Belikan Katil Khas – “Bagus Sentiasa Jaga Dan Hargai Ibu”

Hiburan

Netien Puji Nubhan Santuni Mak Jenny, Belikan Katil Khas – “Bagus Sentiasa Jaga Dan Hargai Ibu”

Penyanyi Nubhan berkongsi momen menyentuh hati apabila membuat kejutan menghadiahkan katil baharu kepada ibunya, Mak Jenny.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nubhan memaparkan proses menukar katil lama ibunya kepada katil boleh laras (adjustable bed) yang mempunyai fungsi seperti katil di wad hospital, bagi memudahkan pergerakan.

Advertisement

Menurut Nubhan, katil lama sebelum ini menyukarkan ibunya untuk bangun atau menukar posisi badan, lebih-lebih lagi faktor usia yang semakin meningkat menyebabkan pergerakan Mak Jenny menjadi terbatas.

“Mak bukan sakit teruk. Cuma umur dah makin meningkat, badan pun tak sekuat dulu. Sekarang mak makin tak larat.”

“Saya tak mampu balas segalanya, sekurang kurangnya saya pastikan mak selesa,” katanya.

Tambah Nubhan, segala kejayaan yang dikecapinya hari ini adalah hasil doa dan pengorbanan ibunya. Justeru, memastikan keselesaan wanita yang banyak berjasa itu menjadi keutamaan dalam hidupnya.

Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen yang rata-rata tersentuh melihat usaha seorang anak membalas jasa ibu dengan cara tersendiri.

komen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-20 11:01:09

Engku Aleesya Dan Sofea Buat 'Live' Bersama Jadi Tumpuan Netizen - "Tak Gedik-Gedik Pun 'Views' Mencanak Naik"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...