Netflix dan Nickelodeon sah tandatangani satu kerjasama terbaru yang membenarkan platform streaming gergasi itu menayangkan rancangan mereka. Ini mungkin langkah terbesar yang dilakukan oleh Netflix dengan mengambil animasi popular ‘SpongeBob SquarePants’ untuk platform mereka.
Perjanjian bernilai $200 juta (RM832.50 juta) mungkin salah satu cara untuk Netflix menyaingi streaming service Disney+ yang baru dilancarkan tahun ini. Sebelum ini, Netflix juga dilaporkan kehilangan beberapa rancangan terbaik mereka selepas Disney menarik diri kerana mempunyai streaming service mereka tersendiri.
Baca: Netflix Mungkin Akan Kehilangan Beberapa Rancangan Terbaik Mereka Bermula Hujung Tahun Ini
Melalui perjanjian ini, Netflix dan Nickelodeon akan sama-sama menghasilkan spin off dari animasi Spongebob Squarepants dan menjadikan Squidward sebagai watak utama. Squidward Tentacles antara watak terpenting dalam animasi ini selain Spongebob, Patrick dan Mr. Krab.

Baru-baru ini, Netflix mengumumkan pengguna dapat melanggan platform mereka dengan harga serendah RM17 sebulan. Untuk tahu lebih lanjut, klik pautan di bawah.
Artikel berkaitan: Kini Anda Boleh Menonton Netflix Di Telefon Pintar Dengan Langganan RM17 Sebulan