Netflix Paparkan Masalah Pembuangan Plastik Di Malaysia Dalam Siri Dokumentari Broken

Kehidupan

Netflix Paparkan Masalah Pembuangan Plastik Di Malaysia Dalam Siri Dokumentari Broken

Isu pembuangan plastik di Malaysia mendapat perhatian ramai pada awal tahun ini selepas Malaysia mengumumkan akan memulangkan semula sisa buangan itu ke negara-negara asal. Sebanyak 3,000 tan sisa buangan dari 14 buah negara dipulangkan semula walaupun ada negara yang tidak mahu menerimanya semula.

Baca: Kanada Enggan Terima Semula Sisa Plastik Dari Malaysia

Advertisement

Terbaru, Netflix memaparkan masalah ini di dalam siri dokumentari bertajuk ‘Broken’ yang ditayangkan pada 27 November lalu. Di dalam episod keempat Recycling Sham itu, mereka menyiasat masalah penggunaan plastik yang akhirnya membuatkan banyak sisa buangan plastik di Asia Tenggara.

sisa buangan plastik

Kredit: Mukhriz Hazim

Dokumentari ini kemudiannya ke Ipoh, Perak untuk melihat proses kitar semula barangan plastik di sana. Tetapi oleh kerana terlalu banyak sisa buangan plastik ini, kebanyakan pusat kitar semula tidak dapat menampungnya lagi.

Selain Ipoh, dokumentari ini turut ke Port Klang, Selangor di mana banyak sisa buangan plastik yang dibuang di sini. Sehinggakan pusat-pusat kitar semula terpaksa ditutup kerana tidak dapat menampung jumlah sisa buangan yang terlalu banyak.

Siri dokumentari Broken ini memaparkan sisi gelap dunia industri yang menguntungkan. Selain isu sisa buangan plastik, turut disentuh adalah rokok elektronik dan mekap tiruan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...