Netflix Mungkin Akan Kehilangan Beberapa Rancangan Terbaik Mereka Bermula Hujung Tahun Ini

Trending

Netflix Mungkin Akan Kehilangan Beberapa Rancangan Terbaik Mereka Bermula Hujung Tahun Ini

Netflix merupakan satu-satunya streaming service yang paling banyak digunakan kini dan popular dikalangan pengguna. Pelbagai rancangan dan filem menarik ditayangkan di Netflix seperti filem Marvel Avengers dan siri komedi popular Friends dan The Office.

Seawal penubuhannya, banyak syarikat besar dan ternama seperti Disney dan NBC yang membantu Netflix dengan memberi hak dalam penayangan karya mereka.

Advertisement

Pemilik Netflix iaitu Reed Hastings mengambil langkah yang bijak dengan ‘menyewa’ rancangan dan filem dari syarikat lain untuk ditayangkan di Netflix.

Tetapi persoalannya ialah sampai bila Netflix akan diberikan hak itu?

Kini mimpi buruk terbesar buat Netflix apabila syarikat ‘pembekal’ rancangan dan filem ini telah mempunyai streaming service mereka yang tersendiri. Bermaksud Netflix tiada lagi hak untuk menayangkan rancangan dan filem syarikat mereka.

Satu persatu syarikat mula menamatkan kontrak bersama Netflix, mengambil alih semula content mereka dan melancarkan streaming service mereka tersendiri dalam bersaing dengan Netflix.

Syarikat AT&T akan menarik semula rancangan mereka seperti Friends daripada ditayangkan di Netflix. Mereka yang telah menjadi induk kepada WarnerMedia pada tahun lalu akan melancarkan streaming service mereka yang tersendiri iaitu HBO Max pada tahun 2020.

Lihat promo untuk streaming service mereka di bawah.

Oleh itu, Netflix tidak lagi mempunyai kuasa ke atas rancangan Friends terutamanya selepas AT&T membuat keputusan untuk menubuhkan streaming service mereka.

Lebih separuh daripada 50 rancangan popular di Netflix dimiliki oleh syarikat yang bercadang untuk melancarkan streaming service mereka yang tersendiri. 


Malah Disney juga tidak lagi memberi kuasa kepada Netflix ke atas rancangan mereka kerana akan melancarkan streaming service yang dipanggil Disney+ dalam masa terdekat. Dalam hujung tahun ini, content dari Disney tidak dapat lagi ditonton di Netflix dan hanya boleh ditonton di Disney+. Harga langganan Disney+ ialah $6.99/ sebulan bermakna hampir separuh harga langganan popular Netflix.

 

Untuk harga langganan streaming service HBO Max pula sekitar $16-$17 sedikit tinggi dari harga langganan Netflix. Tetapi harus diingat, syarikat ini memiliki saluran HBO yang merupakan saluran televisyen paling berjaya dengan filem popular seperti Game of Thrones, A Star Is Born dan Isle of Dogs.

Kini, situasi sudah pun berubah. Syarikat lain mula bersaing dengan Netflix dengan melancarkan streaming service mereka yang tersendiri. Dan perlahan-lahan, Netflix kehilangan content terbaik mereka.

via GIPHY

Apa yang terbaik sekarang adalah untuk Netflix mengekalkan 149 juta pengguna mereka kerana ini lah kelebihan terbesar mereka berbanding streaming service lain yang baru ingin menapak. Sama-sama kita nantikan apakah yang akan dilakukan Netflix  dalam menangani isu ini.

Sumber: Forbes

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...