Netflix Bakal Naikkan Harga Langganan Bermula Januari 2020

Teknologi

Netflix Bakal Naikkan Harga Langganan Bermula Januari 2020

Netflix bakal membuka tahun baru dengan harga langganan yang baru untuk pengguna. Sebelum ini Netflix mengumumkan harga langganan serendah RM17 untuk langganan di telefon pintar yang disambut baik oleh ramai pihak.

Baca: Kini Anda Boleh Menonton Netflix Di Telefon Pintar Dengan Langganan RM17 Sebulan

Advertisement

Terkini, harga langganan akan dinaikkan berikutan kesan daripada cukai digital 6% kepada penyedia perkhidmatan asing. Bukan Malaysia sahaja nampaknya yang terkesan kerana negara jiran, Singapura juga bakal mengalami nasib yang sama.

Harga baru ini akan mula berkuatkuasa pada 9 Januari 2020 ini dengan kenaikan harga sekurang-kurangnya RM4 bagi pakej Premium. Harga terkini untuk pakej Basic ialah RM35 (dahulu RM33), pakej Standard RM45 (dahulu RM42) dan pakej Premium RM55 (dahulu RM51).

Tetapi harga bagi langganan di telefon pintar yang baru diperkenalkan masih dikekalkan dengan harga RM17 dan tidak ada sebarang kenaikan harga.

Sebelum ini, Netflix dikatakan tidak lagi membenarkan pengguna berkongsi akaun pada masa hadapan. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Netflix Tidak Lagi Membenarkan Anda Berkongsi Akaun Pada Masa Hadapan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...